PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

๐Ÿ“ข Makluman Penutupan Awal Operasi NADI

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa NADI terpaksa ditutup lebih awal pada hari ini, 22 November 2025, berikutan keadaan banjir kilat di kawasan hadapan pejabat NADI yang semakin meningkat dan tiada tanda untuk surut buat masa ini.
Hujan yang masih berterusan secara tidak menentu (sekejap lebat, sekejap renyai) telah menyebabkan paras air semakin naik, dan kami bimbang risiko keselamatan untuk para petugas serta pengunjung terjejas sekiranya jalan pulang menjadi lebih dalam dan tidak selamat untuk dilalui.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai pemahaman semua pihak.

Berita Berkaitan