7 Mei 2025 – NADI Kampung Pantai Sabak dengan kerjasama NADI Salor, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan juga NADI Kampung Padang Kala telah mengadakan program Taklimat NADI Pintar & Celik DELIMA di Sekolah Menengah Kebangsaan Salor dengan penyertaan seramai 460 orang pelajar. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran digital dalam kalangan pelajar serta memperkenalkan kemudahan perkhidmatan NADI.
Antara pengisian utama ialah taklimat berkenaan aktiviti-aktiviti terbaru di Pusat Ekonomi Digital (NADI) dan juga taklimat mengenai kesedaran digital serta keselamatan siber. Program ini turut menyantuni para guru dengan menyediakan saringan kesihatan percuma.
Melalui pelaksanaan program ini, para peserta diharap lebih celik digital dan bersedia memanfaatkan teknologi secara positif dalam kehidupan seharian.