16 Mei 2025, Webinar Sesi 1: Pengurusan Kewangan dan Perancangan Perniagaan telah berlangsung dengan sebagai webinar pertama bagi Kelas Keusahawanan Cohort 3 tahun 2025.
Webinar ini memberi fokus kepada dua aspek penting dalam perniagaan iaitu pengurusan kewangan yang cekap serta perancangan perniagaan yang strategik. Para peserta diberikan pendedahan awal tentang bagaimana mengurus aliran tunai, membuat belanjawan serta merangka pelan perniagaan yang boleh dilaksanakan. Kehadiran peserta yang telah mendaftar untuk mengikuti kelas ini menunjukkan minat dan komitmen peserta terhadap pembangunan ilmu keusahawanan.
Program ini diharap menjadi langkah awal yang kukuh dalam membina asas pengetahuan keusahawanan serta dapat memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia dan komuniti setempat dan menjadi pemangkin kepada usaha menjana pendapatan melalui perniagaan kecil seterusnya mendorong peserta untuk terus aktif dalam sesi-sesi pembelajaran yang akan datang.