PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Pauh Lima

21 Julai 2025, Isnin – Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Pauh Lima, Kelantan melibatkan seramai 50 orang murid Tahun 4 dan 5. Program ini merupakan kolaborasi antara MCMC Negeri Kelantan bersama 4 NADI Kluster Kota Bharu dan 2 NADI Kluster Bachok. Menggunakan modul khas untuk murid Tahap 2 (10–12 tahun), sesi berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi dalam bentuk stesen interaktif yang memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.

Aktiviti Menarik:
🔹 Aktiviti Pecah Ruyung
🔹 Literasi Digital
🔹 Had Umur Media Sosial
🔹 Bahaya Media Sosial
🔹 Alternatif Sihat kepada Media Sosial

Fokus Utama:
Mendidik murid tentang penggunaan internet secara selamat, faham had umur media sosial, dan galakkan aktiviti alternatif yang positif.

Terima kasih kepada semua fasilitator dari NADI (Padang Kala, Pasir Tumboh, Pantai Sabak, Salor, Jelawat & Gunong) serta pegawai MCMC, En. Azidi.
Tahniah juga kepada Ikon K-DAT Guru & Murid – En. Azis Sarji & Afham Naufal! 👏

Berita Berkaitan