21 Julai 2025, Isnin – Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Pauh Lima, Kelantan melibatkan seramai 50 orang murid Tahun 4 dan 5. Program ini merupakan kolaborasi antara MCMC Negeri Kelantan bersama 4 NADI Kluster Kota Bharu dan 2 NADI Kluster Bachok. Menggunakan modul khas untuk murid Tahap 2 (10โ12 tahun), sesi berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi dalam bentuk stesen interaktif yang memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Aktiviti Menarik:
๐น Aktiviti Pecah Ruyung
๐น Literasi Digital
๐น Had Umur Media Sosial
๐น Bahaya Media Sosial
๐น Alternatif Sihat kepada Media Sosial
Fokus Utama:
Mendidik murid tentang penggunaan internet secara selamat, faham had umur media sosial, dan galakkan aktiviti alternatif yang positif.
Terima kasih kepada semua fasilitator dari NADI (Padang Kala, Pasir Tumboh, Pantai Sabak, Salor, Jelawat & Gunong) serta pegawai MCMC, En. Azidi.
Tahniah juga kepada Ikon K-DAT Guru & Murid โ En. Azis Sarji & Afham Naufal! ๐


