PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar: Manipulasi Siber – Bagaimana Penjenayah Mengeksploitasi Anda?

17 Mei 2025, satu webinar bertajuk “Manipulasi Siber: Bagaimana Penjenayah Mengeksploitasi Anda?” telah dianjurkan secara dalam talian. Webinar ini melibatkan peserta dari seluruh negeri dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan tentang ancaman siber yang semakin canggih dan teknik manipulasi yang digunakan oleh penjenayah siber.

Sesi selama satu setengah jam ini yang bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 3.30 petang membincangkan pelbagai aspek penting termasuk cara mengenal pasti teknik manipulasi dalam talian, risiko yang dihadapi oleh pengguna internet, dan langkah-langkah pencegahan untuk melindungi diri daripada penipuan dan serangan siber. Walaupun hanya dua peserta hadir secara fizikal di pusat NADI, sesi webinar ini tetap berjalan dengan interaktif dan memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti secara dalam talian.

Program ini merupakan inisiatif penting dalam memperkukuh literasi digital dan keselamatan siber dalam kalangan masyarakat setempat, selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa kini.

Berita Berkaitan