PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar NADI x Cybersecurity: Memahami Risiko Siber Dalam Permainan Online Anak

20 Jun 2025 (Jumaat), webinar bertajuk Memahami Risiko Siber dalam Permainan Online Anak telah berlangsung secara dalam talian pada 20 Jun 2025 (Jumaat) dari jam 3:30 petang hingga 5:00 petang menerusi platform Zoom Live Streaming.

Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman siber yang berkaitan dengan permainan online serta langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil oleh ibu bapa dan penjaga.

Antara pengisian yang dibentangkan termasuk:

  • Jenis ancaman siber yang biasa berlaku dalam permainan online

  • Ciri-ciri permainan yang boleh membuka ruang kepada penipuan dan penyalahgunaan

  • Langkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibu bapa dan penjaga

  • Peranan komuniti dalam membina persekitaran digital yang selamat untuk anak-anak

Semoga pendedahan ini memberi manfaat dan kesedaran yang lebih tinggi dalam membentuk persekitaran digital yang selamat untuk generasi muda.

Berita Berkaitan