PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI x Kidventure – Webinar 4 Cohort 2: Operasi Perniagaan

21 Jun 2025 (Sabtu), sesi Webinar Atas Talian 4: Operasi Perniagaan telah berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi melibatkan peserta dari Kumpulan 1 merangkumi negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Sesi pembelajaran kali ini telah dikendalikan oleh Tengku Ismith Tengku Ilham, yang berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman berkaitan aspek pengurusan operasi perniagaan secara praktikal dan mudah difahami. Antara topik yang disentuh termasuklah struktur asas operasi, pengurusan sumber, pemantauan prestasi serta kepentingan perancangan dalam kelangsungan sesebuah perniagaan kecil.

Program ini merupakan inisiatif berterusan untuk memperkasakan kemahiran keusahawanan digital dalam kalangan belia melalui kerjasama pelbagai NADI di seluruh negara. Setiap NADI yang terlibat diminta menghantar peserta untuk mengikuti sesi pembelajaran dalam talian ini sebagai sebahagian daripada komitmen kepada pembangunan modal insan berasaskan kemahiran digital dan keusahawanan.

2 orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak turut mengikuti sesi webinar ini sebagai sebahagian daripada penglibatan rasmi dalam program Cohort 2 Kidventure. Diharapkan penyertaan ini dapat memberi manfaat dan membuka ruang kepada peserta untuk lebih memahami realiti sebenar dunia perniagaan dan mempersiapkan diri menjadi usahawan digital yang berjaya.

Berita Berkaitan