PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Pulau Kundor

8 Julai 2025 (Selasa), NADI Kluster Kota Bharu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) negeri Kelantan telah mengadakan program Kempen Internet Selamat an di Sekolah Kebangsaan Pulau Kundor, Kota Bharu bermula jam 8.00 hingga 10.30 pagi.

Sebanyak 8 NADI terlibat dalam penganjuran kali ini iaitu NADI Kg Kedai Buluh, NADI Kampung Pantai Sabak, NADI Kampung Padang Kala, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Buluh Kubu, NADI Tanjung Mas, NADI Bunut Payong dan NADI Padang Tembak

Program ini terbahagi kepada dua komponen utama:
✅ Taklimat Kesedaran Internet Selamat yang melibatkan lebih 200 orang murid dan guru
✅ Modul Interaktif Internet Selamat bersama 20 orang peserta terpilih

Turut memeriahkan program ialah booth ‘Wellbeing’ yang dikendalikan oleh petugas NADI, menawarkan saringan kesihatan secara ringkas kepada warga sekolah. Pemeriksaan meliputi:
🩺 Paras gula dalam darah (kencing manis)
💓 Tekanan darah (darah tinggi)
⚖️ Pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI)

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang keselamatan digital kepada pelajar dan warga sekolah, malah turut menekankan kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan warga sekolah.

Berita Berkaitan