15 Julai 2025, Selasa – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Kelantan dengan kerjasama NADI Kluster Kota Bharu telah menganjurkan Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Che Deris pada 15 Julai 2025. Program ini bertujuan membina asas kefahaman dalam kalangan murid tentang penggunaan internet secara selamat serta mengenal pasti risiko dan ancaman di alam siber.
Sesi ini memberi fokus kepada Tahap 2, iaitu murid berumur antara 10 hingga 12 tahun. Antara objektif utama yang diketengahkan termasuk:
-
Menjelaskan had umur minimum (13 tahun) bagi penggunaan media sosial;
-
Memberi kesedaran tentang bahaya dan ancaman siber;
-
Menggalakkan murid meneroka aktiviti alternatif yang sihat dan sesuai mengikut peringkat umur.
Seramai 34 orang murid Tahun 5 telah menyertai sesi ini, yang dikendalikan oleh 5 fasilitator yang terdiri dari staf NADI Kampung Pantai Sabak, NADI Kampung Padang Kala, NADI Kampong Kedai Buloh, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan seorang wakil MCMC. Sesi dimulakan dengan aktiviti Penetapan Minda, diikuti stesen bertema seperti Literasi Digital, Had Umur Penggunaan Media Sosial, dua sesi berkaitan Bahaya Media Sosial, dan diakhiri dengan Alternatif Kepada Media Sosial — yang memberi galakan kepada murid untuk memilih aktiviti lebih sihat dan bermanfaat.


