PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah

12 Ogos 2025, Selasa – MCMC Kelantan dengan kerjasama NADI Kluster Kota Bharu yang dikendalikan oleh NADI Kampung Pantai Sabak telah menganjurkan Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah bermula dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Program ini melibatkan seramai 70 orang murid Tahun 4 hingga Tahun 6.

Objektif utama kempen adalah untuk:

  1. Meningkatkan kesedaran murid mengenai penggunaan Internet secara selamat.

  2. Memahami had umur penggunaan media sosial (13 tahun ke atas).

  3. Memberi pendedahan tentang risiko dan bahaya yang boleh berlaku di alam maya.

  4. Menggalakkan alternatif positif bagi menggantikan penggunaan media sosial secara berlebihan.

Program ini dilaksanakan berpandukan modul rasmi KIS yang mengandungi lima segmen utama:

  • Pecah Ruyung (Penetapan Minda) – Pengenalan awal bagi membentuk kesediaan peserta.

  • Literasi Digital – Pengetahuan asas tentang penggunaan Internet dengan bijak.

  • Had Umur Media Sosial – Penekanan kepada garis panduan umur minimum.

  • Bahaya Media Sosial 1 & 2 – Pendedahan kepada risiko dan kesan negatif yang mungkin dihadapi.

  • Alternatif Media Sosial – Cadangan aktiviti positif dan bermanfaat sebagai pengganti.

Melalui pelaksanaan aktiviti ini, murid telah menunjukkan kefahaman yang lebih baik terhadap penggunaan Internet secara selamat serta lebih peka terhadap risiko dunia maya. Program ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk melahirkan generasi celik digital yang bukan sahaja mahir menggunakan teknologi, malah bijak membuat pilihan ketika berada di alam maya. Semoga segala ilmu dan kesedaran yang diperoleh pada hari ini menjadi panduan kepada murid-murid dalam mengharungi dunia digital dengan lebih selamat dan beretika.

Berita Berkaitan