11 Ogos 2025 (Isnin) – MCMC dengan kerjasama NADI Kluster Kota Bharu telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Padang Enggang bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini melibatkan 64 orang murid Tingkatan 1 yang mengikuti modul interaktif berfokuskan literasi digital dan keselamatan siber. Objektif utama adalah untuk memberi kesedaran tentang penggunaan Internet secara selamat, memahami risiko dalam talian, serta menggalakkan amalan bijak dan beretika semasa berinteraksi di media sosial.
Aktiviti dijalankan mengikut modul rasmi KIS Sekolah Menengah (13–17 tahun) adalah Pecah Ruyung (Penetapan Minda), Fakta atau Auta, Detektif Jejak Digital dan Red Flag. Melalui pengisian ini, pelajar dapat membezakan maklumat sahih dan palsu di Internet, memahami konsep jejak digital, mengenal pasti tanda awal pengantunan seksual dalam talian (online grooming), serta membina kemahiran membuat pilihan yang selamat, bijak, dan bertanggungjawab di dunia maya.
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang bahaya di alam maya, malah mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan beretika ketika menggunakan teknologi. Diharapkan pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh untuk melindungi diri, menjaga reputasi digital, serta menjadi pengguna Internet yang bertanggungjawab dan berintegrit


