PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Keselamatan Siber: “Selamatkah Telefon Anda Daripada Ancaman?”

14 Ogos 2025 – Webinar keselamatan siber bertajuk “Selamatkah Telefon Anda Daripada Ancaman?” telah diadakan secara atas talian melalui platform Zoom. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman tersembunyi pada telefon pintar, amalan perlindungan asas serta demonstrasi teknikal secara langsung bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber.

Disebabkan hujan lebat di kawasan NADI pada hari siaran langsung, peserta yang terlibat hanya menonton sesi rakaman webinar tersebut. Walaupun tidak dapat menyertai sesi secara langsung, peserta tetap berpeluang mengikuti keseluruhan pengisian dan memperoleh manfaat yang sama. Semua peserta turut diberikan sijil penyertaan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen mereka dalam mempelajari ilmu keselamatan digital.

Melalui penganjuran webinar ini, pihak NADI berharap agar masyarakat lebih peka terhadap isu keselamatan dalam talian serta mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi diri dan peranti masing-masing daripada menjadi mangsa ancaman siber.

Berita Berkaitan