22 September 2025 – NADI Kampung Pantai Sabak bersama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Padang Kala dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah dijemput untuk untuk bersama-sama dalam program Perarakan Maulidur Rasul & Penutupan Bulan Kebangsaan 2025 Peringkat Sekolah di SMK Long Ghaffar, Kota Bharu.
Program ini berlangsung dengan penuh meriah melibatkan pelajar, guru serta warga sekolah. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi menghayati sirah Rasulullah SAW di samping menyemarakkan semangat patriotisme.


