24 Februari 2026 – Program Kecek Kiro di NADI (Program Outreach ICU @ NADI) telah berlangsung dengan jayanya di NADI Kampung Pantai Sabak bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Program ini diadakan dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri bagi memudahkan komuniti setempat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi.
Sepanjang program berlangsung, komuniti berpeluang mendapatkan khidmat semakan dan pendaftaran eKasih, maklumat berkaitan Bantuan Sejahtera MADANI, serta perkhidmatan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial.
Selain itu, beberapa kaunter khas turut disediakan bagi memberi kemudahan tambahan kepada pengunjung. Antaranya kaunter daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, serta kaunter TM Unifi bagi semakan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan telekomunikasi.
Secara keseluruhannya, program ini telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat dengan kehadiran seramai 35 orang pengunjung yang hadir untuk mendapatkan pelbagai maklumat serta menyelesaikan urusan berkaitan perkhidmatan yang disediakan.
Program seperti ini diharap dapat membantu masyarakat setempat mendapatkan akses kepada maklumat dan perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah melalui kemudahan yang disediakan di pusat NADI Kampung Pantai Sabak.


