21 April 2026 –
NADI Kampung Pantai Sabak bersama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Kampung Padang Kala telah melaksanakan Kempen Internet Selamat di SMK Sering, Kota Bharu pada 21 April 2026.
Program ini melibatkan seramai 215 orang pelajar Tingkatan 3 dan 4 serta 26 orang guru. Kempen bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar mengenai penggunaan internet secara bijak, selamat dan beretika.
Antara pengisian utama program ialah isu maklumat palsu, jejak digital, red flag dan buli siber. Pelajar turut diberi pendedahan tentang cara melindungi privasi diri, mengelakkan penipuan dalam talian serta menggunakan media sosial secara bertanggungjawab.
Program ini diharap dapat melahirkan pengguna internet yang lebih berwaspada, berdisiplin dan celik digital.


