PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Pertandingan NADI E-Sukan Madani Legend Mobile Legends Musim KE-4 Peringkat Saringan

20 Jun 2026 – NADI Kampung Pantai Sabak telah menganjurkan Pertandingan Mobile Legends Musim Ke-4 Peringkat Saringan yang berlangsung pada hari Sabtu bermula jam 9.30 pagi di premis NADI Kampung Pantai Sabak.

Program ini bertujuan memilih pasukan terbaik untuk mewakili NADI Kampung Pantai Sabak ke peringkat seterusnya. Pertandingan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat dengan penyertaan sebanyak 3 pasukan, melibatkan seramai 18 orang peserta. Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang pemain (5 pemain utama dan 1 pemain simpanan).

Sepanjang pertandingan berlangsung, para peserta menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan kemahiran strategi yang baik dalam permainan Mobile Legends. Aktiviti ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dalam bidang e-sukan, malah dapat mengeratkan hubungan antara komuniti serta menggalakkan penggunaan teknologi digital secara positif.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya dalam sesi saringan ini dan akan mewakili NADI Kampung Pantai Sabak ke peringkat seterusnya. Diharapkan program e-sukan seperti ini dapat terus menarik minat golongan belia serta memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dalam bidang e-sukan yang semakin berkembang.

Berita Berkaitan