5 Julai 2026 – NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Program Siri Webinar Kempen Internet Selamat (KIS) 2026 Siri 17 bertajuk “Sahkan Sebelum Sebar: Perang Melawan Berita Palsu” pada 4 Julai 2026 melalui platform Google Meet. Webinar yang terbuka kepada kanak-kanak dan dewasa ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Syed Zulkarnain Syed Idrus dan memberi penekanan terhadap kepentingan menyemak kesahihan maklumat sebelum dikongsi di media sosial atau platform digital lain.
Antara perkara yang dikongsikan termasuk kaedah mengenal pasti maklumat palsu, kepentingan merujuk sumber yang sahih serta peranan setiap individu dalam membendung penyebaran berita palsu demi mewujudkan persekitaran digital yang selamat dan bertanggungjawab. Seramai tiga orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah mengikuti sesi ini secara langsung di pusat NADI. Diharapkan ilmu dan kesedaran yang diperoleh menerusi webinar ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta disebarluaskan kepada ahli keluarga dan komuniti setempat.


