PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

eKelas Usahawan (Offline Content)

2 Ogos 2026 – NADI Kampung Pantai Sabak telah mengikuti program eKelas Usahawan – Offline Content pada 2 Ogos 2026 (Ahad) bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang secara luar talian (offline) menggunakan rakaman video yang telah disediakan oleh SSO.

Program ini merangkumi empat modul pembelajaran iaitu Strategi Pemasaran Digital, Asas Komunikasi Visual, AI Untuk Mencipta Kandungan, serta Mengurus & Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital. Kesemua modul bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pemasaran digital, penghasilan kandungan kreatif menggunakan teknologi AI, komunikasi visual yang berkesan serta kaedah mengurus dan menilai prestasi pemasaran digital.

Sepanjang pelaksanaan program, setiap modul telah disertai oleh seorang peserta, menjadikan 4 penyertaan direkodkan bagi sesi pembelajaran pada hari tersebut.

Berita Berkaitan