PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Taklimat Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka

11 Ogos 2026 – NADI Kampung Pantai Sabak telah melaksanakan Taklimat Kempen Internet Selamat @ Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, melibatkan pelajar Tahap 2. Pelaksanaan taklimat ini turut mendapat kerjasama daripada NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Kampung Panjang Banggu dalam menjayakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap penggunaan internet dan media sosial secara selamat dan bertanggungjawab. Pada masa yang sama, NADI Kampung Padang Kala turut membuka kaunter saringan kesihatan bagi memberi kemudahan kepada guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka untuk menjalani saringan kesihatan.

Taklimat ini menggunakan Modul Kanak-Kanak 10–12 Tahun sebagai panduan utama dalam penyampaian maklumat berkaitan penggunaan internet dan media sosial secara selamat dan bertanggungjawab. Tiga pelajaran utama telah disampaikan kepada para pelajar, iaitu Pelajaran 1: Kenapa Perlu Had Umur Media Sosial?, Pelajaran 2: Stesen Bahaya Media Sosial dan Pelajaran 3: Kesan Penggunaan Media Sosial Kepada Kanak-Kanak.

Melalui sesi ini, para pelajar diberikan pendedahan mengenai kepentingan mematuhi had umur media sosial, mengenal pasti bahaya dan risiko yang terdapat di media sosial serta memahami kesan penggunaan media sosial terhadap kanak-kanak.Penyampaian secara interaktif turut membantu pelajar meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, privasi dan tingkah laku yang baik ketika berada di alam digital.

Diharapkan pelaksanaan Kempen Internet Selamat ini dapat melahirkan generasi kanak-kanak yang lebih celik digital, berhemah dan bertanggungjawab, serta mampu menggunakan internet dengan lebih selamat dalam kehidupan seharian.

Berita Berkaitan