14 Mac 2026 – NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai penganjuran Program Bazar Raya NADI yang diadakan secara serentak di seluruh NADI di Malaysia pada Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.
Program ini bertujuan memeriahkan sambutan Ramadan di samping memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan serta menjual pelbagai juadah dan produk kepada komuniti setempat. Di NADI Kampung Pantai Sabak, seramai lima orang usahawan tempatan telah mengambil bahagian dengan menawarkan pelbagai makanan serta barangan menarik kepada pengunjung.
Selain jualan bazar, pihak NADI turut menganjurkan aktiviti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 10 tahun bagi memeriahkan lagi suasana program. Aktiviti ini mendapat sambutan baik daripada ibu bapa dan kanak-kanak yang hadir serta memberi peluang kepada mereka untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti kreatif.
Program yang dianjurkan ini telah menerima kehadiran kira-kira 40 orang pengunjung daripada komuniti sekitar. Penganjuran Bazar Raya NADI bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti setempat, malah turut membantu mempromosikan usahawan kecil di kawasan tersebut.
Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menggalakkan penglibatan komuniti serta menyokong pembangunan ekonomi setempat melalui platform yang disediakan oleh NADI.


