17 Oktober 2025 – Program Latihan AI & GenAI: Segala Yang Anda Patut Tahu Tentang AI dan GenAI telah dilaksanakan secara dalam talian pada 17 Oktober 2025, sebagai sesi pertama daripada enam sesi keseluruhan di bawah inisiatif eKelas GenAI Online Workshops – NADI Smart Services Pilot.
Program ini merupakan sebahagian daripada GenAI Smart Service Programme for Students at Maxis NADI, yang telah diluluskan oleh Dr. Arif untuk dilaksanakan di bawah inisiatif eKelas Pelajar. Sesi dijalankan secara dalam talian pada hari Jumaat, jam 3.00 hingga 5.00 petang, dan merupakan sesi percubaan (trial) yang diadakan di NADI Maxis.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas Kecerdasan Buatan (AI) dan Generative AI (GenAI), termasuk cara teknologi ini boleh dimanfaatkan untuk menjana idea, teks dan kandungan digital. Peserta turut didedahkan kepada teknik prompt engineering serta kepentingan penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab.
Melalui pelaksanaan program ini, NADI Smart Services berperanan sebagai platform latihan digital untuk memperkasa kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, sejajar dengan usaha melahirkan generasi muda yang kreatif, inovatif dan celik digital.
Sesi-sesi seterusnya akan diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan sehingga 21 November 2025.


