2 September 2025 – NADI Kampung Pantai Sabak dengan kerjasama NADI Kampung Padang Kala telah berjaya menganjurkan Kempen Internet Selamat (KIS) bertempat di Sekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa. Program ini diadakan khusus untuk murid Tahun 6 seramai 106 orang peserta.
Melalui penggunaan Modul Ringkas Tahap 2, murid diberikan pendedahan mengenai:
-
Had umur minimum (13 tahun) untuk penggunaan media sosial.
-
Bahaya serta kesan negatif media sosial terhadap kanak-kanak.
-
Aktiviti alternatif dalam talian yang lebih selamat dan bermanfaat.
Program ini bertujuan membina kefahaman awal mengenai penggunaan Internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab. Hasilnya, murid lebih peka tentang kepentingan mematuhi had umur, risiko penggunaan tanpa pengawasan serta digalakkan memilih aktiviti digital yang sesuai dengan peringkat usia mereka.
Dengan penganjuran ini, diharapkan budaya penggunaan Internet secara bijak dapat dipupuk sejak di bangku sekolah.


