5 Ogos 2025, Selasa – MCMC Kelantan dengan kerjasama NADI Kluster Kota Bharu telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) bertempat di SK Seri Melor, Kelantan yang melibatkan seramai 60 orang murid Tahun 5. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab melalui pendekatan interaktif dan modul yang disesuaikan khusus untuk murid sekolah rendah.
Modul yang digunakan ialah Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) tahap 2 khas untuk murid sekolah rendah, dengan pelbagai stesen pembelajaran seperti Literasi digital, Had umur penggunaan media sosial, Bahaya penggunaan internet tanpa kawalan dan aktiviti alternatif yang sesuai untuk murid.
Sebanyak 6 orang fasilitator terlibat dalam menyampaikan aktiviti secara interaktif dan menyeronokkan. Program ini berjaya mencapai matlamatnya dalam mendidik murid tentang risiko siber serta pilihan yang lebih sihat dalam dunia digital masa kini.


