PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat di SMK Penambang

10 Februari 2026 – NADI Kampung Padang Kala dan NADI Kampung Pantai Sabak telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Penambang, Kota Bharu yang melibatkan seramai 250 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 serta 15 orang guru.

Program yang berlangsung dari jam 12.00 tengah hari hingga 1.45 petang ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet secara bijak, beretika dan selamat melalui modul Maklumat Palsu, Jejak Digital, Red Flag dan Buli Siber.

Antara objektif utama Kempen Internet Selamat (KIS) adalah untuk:

  • Memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga jejak digital dan privasi peribadi.

  • Meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya buli siber, scam, penyebaran berita palsu serta risiko jenayah siber.

  • Membimbing pelajar menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab.

Secara keseluruhan, kempen ini berjaya meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga privasi, mengelakkan jenayah siber serta menggunakan media sosial secara bertanggungjawab. Poster AIFA turut diagihkan kepada wakil sekolah pada akhir program.

Berita Berkaitan