PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat di SMS Tengku Muhammad Faris Petra

6 Mei 2026 – NADI Kampung Pantai Sabak bersama NADI Kampung Padang Kala, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Kampung Panjang Banggu telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat di SMS Tengku Muhammad Faris Petra pada 06 Mei 2026 (Rabu) bermula jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Program ini melibatkan seramai 400 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 serta 25 orang guru.

Pelaksanaan program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kepentingan penggunaan internet secara bijak, beretika dan selamat dalam kehidupan harian. Selain itu, program ini juga membantu meningkatkan kesedaran pelajar terhadap risiko penyalahgunaan internet serta ancaman siber yang semakin membimbangkan dalam kalangan remaja.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti Modul Ringkas Pelajar bagi sekolah menengah yang merangkumi empat pelajaran utama iaitu Maklumat Palsu, Jejak Digital, Red Flag dan Buli Siber. Penyampaian modul dilakukan secara interaktif bagi memastikan pelajar lebih memahami cara mengenal pasti maklumat tidak sahih, menjaga keselamatan identiti digital serta mengamalkan etika penggunaan internet yang betul.

Diharapkan program seperti ini dapat membantu melahirkan pengguna internet yang lebih berpengetahuan, bertanggungjawab dan peka terhadap keselamatan siber selaras dengan usaha membudayakan penggunaan internet secara positif dalam kalangan masyarakat.

Berita Berkaitan