PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kidsventure Live Webinar 16 – Operasi Perniagaan

6 Jun 2026 – Program Kidsventure Live Webinar 16 (Operasi Perniagaan) telah diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Program ini dikendalikan oleh Puan Azalinda selaku tenaga pengajar dan dihoskan oleh SSO Keusahawanan.

Seorang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai webinar ini bagi menambah pengetahuan berkaitan pengurusan operasi perniagaan. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada aspek operasi perniagaan yang merangkumi pengurusan aktiviti harian perniagaan, penyusunan proses kerja serta kepentingan pengurusan yang sistematik dalam memastikan kelancaran sesebuah perniagaan.

Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menambah pengetahuan asas keusahawanan serta memahami peranan operasi yang berkesan dalam membangunkan perniagaan yang mampan.

Berita Berkaitan