11 Julai 2026 – Seramai 2 orang peserta dari komuniti NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai kelas Kidsventure Live Webinar 20 yang bertajuk “Pelan Perniagaan Mini 2” secara dalam talian hari ini. Program yang berlangsung selama 90 minit ini bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi menerusi platform Google Meet. Sesi webinar kali ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Zulhazri yang berkongsi ilmu keusahawanan asas yang mudah difahami oleh golongan muda.
Melalui modul Pelan Perniagaan Mini 2, para peserta didedahkan dengan langkah-langkah praktikal untuk membina idea perniagaan, memahami kepentingan perancangan awal, dan cara membentangkan idea perniagaan dengan yakin. Pendedahan awal terhadap dunia keusahawanan ini adalah langkah terbaik untuk memupuk semangat membina kerjaya sendiri sejak di bangku sekolah lagi.
NADI Kampung Pantai Sabak sentiasa komited dalam menyokong program-program pembangunan modal insan seperti Kidsventure bagi memastikan anak-anak muda di kawasan ini mempunyai pendedahan secukupnya terhadap ilmu kemahiran perniagaan dalam era digital.


