PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Che Latiff

16 Julai 2025, Rabu – Kempen Internet Selamat (K.I.S.) telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Che Latiff oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Kelantan dengan kerjasama NADI Kluster Kota Bharu. Program ini menyasarkan murid Tahap 2 (10–12 tahun) sekolah rendah dan bertujuan untuk membina kefahaman asas tentang keselamatan digital serta penggunaan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab.

Taklimat program telah disampaikan oleh Encik Azidi, Pegawai MCMC Kelantan, dan sesi diteruskan dengan aktiviti bersama fasilitator dari NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Padang Kala, NADI Kampung Pantai Sabak dan NADI Kg Kedai Buloh. Seramai 30 orang murid telah menyertai sesi pembelajaran ini yang menggunakan Modul Sekolah Rendah (10–12 Tahun) sebagai panduan utama.

Antara pengisian program termasuk lima pelajaran penting yang menekankan penggunaan internet secara positif, had umur penggunaan media sosial iaitu 13 tahun, kesedaran terhadap risiko dan ancaman dalam talian, serta cadangan aktiviti alternatif yang lebih sihat dan sesuai untuk murid sekolah rendah. Program ini berjaya mencapai matlamatnya dengan meningkatkan kesedaran murid terhadap bahaya penggunaan internet tanpa kawalan dan memupuk amalan penggunaan teknologi yang selamat sejak peringkat awal pendidikan.

Berita Berkaitan