PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

L.U.D (Level UP DELIMA): Kuasai Masa Depan Digital Anda – SMK Padang Enggang

15 Julai 2025, Selasa – Program L.U.D (Level Up Delima): Kuasai Masa Depan Digital Anda telah dilaksanakan bersama guru-guru SMK Padang Enggang sebagai inisiatif memperkasa komuniti pendidik dalam penguasaan kemahiran digital dan teknologi terkini. Program ini dijalankan dengan kerjasama NADI Kluster Kota Bharu sebagai fasilitator yang melibatkan wakil dari NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Pantai Sabak, NADI Kampung Padang Kala dan NADI Salor.

Sepanjang sesi, para peserta didedahkan dengan pelbagai alat bantu AI, kemudahan pembelajaran digital, serta aplikasi yang disediakan menerusi platform DELIMA KPM. Fokus utama program adalah untuk membantu guru mengenal pasti dan menggunakan teknologi yang relevan dalam pengajaran dan pentadbiran harian.

Antara topik yang disentuh termasuk penggunaan aplikasi kolaboratif, pengurusan fail secara dalam talian, serta eksplorasi terhadap alat AI yang dapat menjimatkan masa dan meningkatkan keberkesanan PdP. Program ini telah mendapat sambutan baik dan membuka ruang kepada guru untuk lebih yakin meneroka dunia pendidikan digital seiring perubahan teknologi semasa.

Berita Berkaitan