PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

MAHIR Baiki Gajet: Tak Kenal Maka Tak Cinta — Jom Kenal Komputer!

26 Jun 2025 – Kelas Short Learning Series (SLS) anjuran NADI Mahir telah berlangsung secara langsung pada 26 Jun 2025 (Khamis) dengan topik bertajuk “Mahir Baiki Gajet: Tak Kenal Maka Tak Cinta – Jom Kenal Komputer”.

Kelas ini disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Mahir dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Menerusi sesi ini, peserta diberi pendedahan asas mengenai komponen-komponen penting dalam komputer, fungsi setiap bahagian, serta langkah awal mengenal pasti kerosakan ringan yang lazim berlaku pada peranti.

Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap asas penggunaan komputer dan seterusnya membina keyakinan untuk menyelesaikan masalah teknikal mudah tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pihak ketiga.

Program ini turut menjadi medium perkongsian ilmu digital yang ringkas, santai dan mudah difahami, seiring dengan matlamat NADI Mahir dalam memperkasa komuniti ke arah celik teknologi.

Berita Berkaitan