PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

MAHIR Masak: Resepi Sotong Masam Manis Tradisi

10 Julai 2025, Khamis – Kelas Mahir Masak edisi khas sempena Program MADANI Rakyat telah berjaya dilangsungkan secara langsung dari lokasi ikonik Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Sesi ini menampilkan chef ternama, Chef Florence Tan, yang berkongsi ilmu dan resipi tradisional berasaskan cita rasa nyonya โ€“ Sotong Masam Manis.

Dua peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak turut serta mengikuti kelas ini bagi mendalami resipi tradisional yang bukan sahaja lazat, malah kaya dengan nilai warisan budaya.

๐Ÿณ Antara pengisian menarik sepanjang sesi:

  • ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿณ Panduan memilih bahan segar serta rahsia mengekalkan kesegaran sotong

  • ๐ŸŒถ๏ธ Teknik mengadun rasa masam, manis dan pedas mengikut cita rasa tradisi

  • ๐Ÿ“ฆ Idea pembungkusan praktikal untuk jualan berskala kecil

Program ini bukan sekadar memupuk kemahiran memasak dalam kalangan komuniti, malah membuka peluang kepada peserta untuk menjadikan masakan tradisional sebagai sumber penjanaan pendapatan yang berpotensi. Siaran ini telah disampaikan secara langsung melalui YouTube Studio NADI Mahir, dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Berita Berkaitan