PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

MAHIR Masak – Short Learning Series: Kelas Pistachio Kunafa Brownies Viral

25 Mei 2025 – Siri pembelajaran pendek anjuran NADI Mahir kembali lagi dengan satu lagi sesi menarik yang menampilkan resipi pencuci mulut premium, Pistachio Kunafa Brownies. Kelas ini telah diadakan secara dalam talian melalui siaran langsung dari Studio NADI Mahir di saluran YouTube rasmi.

Sesi yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9.30 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan daripada para peminat dunia baking, suri rumah serta usahawan makanan yang ingin menambah ilmu dan kemahiran baharu dalam bidang penyediaan manisan bernilai tinggi. Empat orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak turut serta dalam sesi kali ini, menzahirkan komitmen komuniti setempat dalam usaha membina ilmu dan kemahiran melalui platform digital.

Pihak NADI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada komuniti yang sentiasa menunjukkan minat dan sokongan terhadap kelas-kelas yang dianjurkan. Diharapkan agar komuniti akan terus memberikan komitmen dan sokongan padu kepada setiap program yang dilaksanakan, agar suasana di NADI sentiasa meriah dan bermakna dengan kehadiran peserta yang aktif dan bersemangat.

Berita Berkaitan