20 November 2025 – NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai siri pembelajaran ringkas MAHIR Short Learning Series yang dijalankan secara langsung melalui YouTube LIVE: Studio Mahir pada Khamis, 20 November 2025. Siri pembelajaran ini menawarkan topik pendek tetapi padat bagi menambah kemahiran komuniti dalam pelbagai bidang praktikal.
Tiga sesi yang diikuti oleh peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak ialah:
🌱 MAHIR PERTANIAN PINTAR
Topik: Pemasangan & Fungsi Water Quality Tester
Sesi ini memberi panduan mengenai cara pemasangan asas alat pengujian kualiti air serta bacaan penting untuk pemantauan kualiti air.
🧵 MAHIR JAHIT
Topik: Jahit Scrunchie Comel & Mudah
Sesi praktikal selama 30 minit yang mengajar teknik asas pembuatan scrunchie DIY yang sesuai untuk kegunaan sendiri atau permulaan bisnes kecil.
🌟 MAHIR FOTO
Topik: Kamera Jadi Duit – Jana Income Dengan Content Visual
Perkongsian teknik menghasilkan visual kreatif yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan melalui platform digital.
Seramai 1 orang peserta bagi setiap sesi mengikuti program ini secara atas talian dari Pusat NADI Kampung Pantai Sabak. Program MAHIR Short Learning Series ini memberi peluang kepada komuniti untuk menambah kemahiran baru melalui pembelajaran singkat dan mudah diakses.


