17 Mei 2025, program Mentor @ Tiny Techies Sesi 4 diteruskan dengan jayanya yang melibatkan pelajar dari sekolah rendah dan sekolah menengah di tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah, dan Terengganu. Program ini merupakan salah satu sesi mentoring dalam bidang teknologi dan kemahiran digital yang dirangka khusus untuk generasi muda.
Sesi mentoring tetap berjalan lancar dan interaktif dengan penyertaan peserta dari negeri-negeri terlibat melalui platform atas talian. Program ini bertujuan memberi bimbingan dan pendedahan awal tentang kemahiran teknologi yang relevan, serta menggalakkan minat pelajar dalam bidang STEM.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan NADI dan rakan kerjasama untuk memperkasakan pelajar dengan kemahiran digital yang kritikal dalam dunia pendidikan dan pekerjaan masa depan.