18 November 2025 – NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai sesi NADI Kesejahteraan Kendiri bertajuk
“Nafas Semakin Pendek? Fahami COPD Sebelum Terlambat”, yang disampaikan secara langsung melalui platform YouTube LIVE: Studio Sihat. Sesi yang berlangsung pada Selasa, bermula pada 9.30 pagi hingga 11.00 pagi ini telah disampaikan oleh: Dr. Mohamad ‘Ariff Fahmi bin Ahmad Zawawi. Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Klang
Seramai 3 orang peserta telah mengikuti sesi ini dari Pusat NADI Kampung Pantai Sabak sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) yang semakin banyak menyerang individu khususnya dalam kalangan perokok aktif dan pasif.
Antara topik penting yang dikupas sepanjang sesi:
-
Apa itu COPD dan tanda gejala awal
-
Faktor risiko dan punca penyakit
-
Kaedah rawatan & langkah pencegahan
-
Cara mengenal pasti masalah pernafasan yang perlu diambil perhatian segera
-
Kepentingan berhenti merokok dan pemeriksaan kesihatan berkala
Program ini memberi peluang kepada peserta memahami peranan pencegahan awal melalui pengetahuan kesihatan dan gaya hidup sihat, selaras dengan matlamat NADI Kesejahteraan Kendiri untuk meningkatkan tahap kesedaran kesihatan komuniti.
NADI Kampung Pantai Sabak berharap penyertaan program sebegini dapat membantu masyarakat lebih peka terhadap isu kesihatan dan mempraktikkan langkah pencegahan yang betul.


