14 Mei 2026 – Live Webinar 13 & 14 bagi Program NADI Keusahawanan telah dijalankan secara dalam talian dengan penglibatan peserta dari NADI seluruh negara. Webinar ini melibatkan dua slot iaitu Pemasaran Perniagaan yang disampaikan oleh Syerie Noer Hidayaty pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi serta slot Operasi Perniagaan oleh Tengku Ismith Tengku Ilham pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
NADI Kampung Pantai Sabak telah menghantar seorang peserta untuk menyertai webinar tersebut. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi pemasaran yang berkesan serta pengurusan operasi perniagaan bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan.


