10 Januari 2026 – Seorang peserta dari NADI Kampung Sabak telah menyertai Webinar Atas Talian: Pelan Perniagaan Mini 1 yang berlangsung secara langsung (LIVE) pada 10 Januari 2026, anjuran SSO Kidventure.
Webinar ini merupakan sebahagian daripada siri NADI Kidsventure Januari 2026 yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta berkaitan idea perniagaan serta asas penyediaan pelan perniagaan mini. Sepanjang sesi yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 11.30 pagi, peserta mengikuti pembelajaran interaktif yang membantu meningkatkan pemahaman tentang konsep keusahawanan secara praktikal.
Penyertaan ini memberi peluang kepada peserta untuk membina keyakinan diri, mengasah pemikiran kreatif serta menambah pengetahuan asas dalam bidang perniagaan. Rakaman webinar dan video pembelajaran turut disediakan bagi menyokong proses pembelajaran berterusan.
Program seperti ini selaras dengan usaha memperkasa kemahiran dan pengetahuan generasi muda melalui pembelajaran digital yang berstruktur dan berimpak tinggi.


