27 Mei 2025 – Siri kedua Mahir Short Learning Series bagi bulan Mei telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Mei 2025 menerusi siaran langsung dari Studio NADI Mahir. Kali ini, kelas bertajuk “Mahir Baiki Gajet: Cara Menukar LCD Telefon Pintar (Curve Edition) telah menarik minat 3 orang peserta daripada NADI Kampung Pantai Sabak.
Kelas berdurasi 1 jam 30 minit ini memberi fokus kepada teknik praktikal menukar skrin LCD jenis melengkung, satu kemahiran yang semakin mendapat permintaan tinggi dalam pasaran perkhidmatan pembaikan gajet.
Antara pengisian menarik dalam kelas ini termasuk:
✅ Teknik menukar skrin dengan kaedah mudah, cepat dan kos efektif
✅ Panduan mengenal pasti kerosakan skrin dan langkah pemasangan semula dengan selamat
✅ Tips dan perkongsian menjana pendapatan melalui kemahiran membaiki telefon pintar
Penganjuran kelas ini bukan sahaja memberi pendedahan teknikal, tetapi turut membuka peluang kepada peserta untuk menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan tambahan.
Program ini merupakan salah satu inisiatif NADI Mahir dalam memperkasa kemahiran teknikal dalam kalangan komuniti secara atas talian dan mudah diakses. Nantikan siri seterusnya dengan topik yang lebih menarik dan berimpak!