29 Mei 2025 – Program Short Learning Series (SLS) anjuran NADI Mahir diteruskan lagi dengan kelas bertajuk “Mahir Foto: Suntingan Gambar (VSCO Filter)” yang berlangsung secara siaran langsung bermula jam 10:00 pagi hingga 11:30 pagi melalui saluran YouTube Mahir.
Kelas ini memberi tumpuan kepada teknik asas dan pertengahan dalam penyuntingan gambar menggunakan aplikasi VSCO, salah satu aplikasi suntingan popular dalam kalangan pengguna telefon pintar. Peserta didedahkan kepada cara memilih filter yang sesuai, teknik suntingan mengikut mood gambar, serta tips menghasilkan visual yang lebih profesional untuk media sosial dan kandungan digital.
Seramai lima orang peserta daripada NADI Sabak turut serta dalam sesi pembelajaran ini secara dalam talian. Kehadiran mereka menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang fotografi dan usaha berterusan untuk memperkasa kemahiran digital dalam komuniti setempat. Penganjuran kelas ini merupakan antara inisiatif NADI Mahir dalam memperkasa kemahiran digital komuniti, khususnya dalam bidang fotografi dan kandungan kreatif secara atas talian.
Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan dijalankan secara percuma bagi memastikan akses ilmu disebarluaskan tanpa halangan. Orang ramai boleh menonton rakaman kelas ini di saluran YouTube Mahir bagi yang terlepas siaran langsung.