8 Jun 2026 – NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Pertandingan Reka Bentuk Logo dengan tema Kempen Internet Selamat yang berlangsung dari 3 Jun hingga 16 Jun 2026. Pertandingan ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab melalui penghasilan reka bentuk logo yang kreatif serta bermakna.
Bagi pertandingan ini, NADI Kampung Pantai Sabak telah menghantar seramai tujuh orang peserta yang terdiri daripada tiga peserta kategori 12 tahun dan ke bawah, tiga peserta kategori 13 hingga 17 tahun serta seorang peserta kategori 18 tahun dan ke atas.
Sepanjang pertandingan, peserta dikehendaki menghasilkan reka bentuk logo bertemakan Kempen Internet Selamat menggunakan aplikasi Canva. Penyertaan ini memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan kreativiti dan kemahiran reka bentuk digital di samping memahami kepentingan keselamatan siber dalam kehidupan seharian.
Melalui penyertaan dalam pertandingan ini, peserta bukan sahaja dapat mengasah bakat dalam bidang reka bentuk grafik, malah turut meningkatkan kesedaran mengenai amalan penggunaan internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.


