PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program AI Wira Maxis – Design Thinking & Creative Thinking

24 Julai 2026 – Seramai 2 orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Program AI WIRA Maxis bagi Modul 9 & 10: Design Thinking & Creative Thinking yang berlangsung secara dalam talian menerusi Microsoft Teams dari 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Modul ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep Design Thinking dan Creative Thinking sebagai pendekatan untuk mengenal pasti masalah, menjana idea yang inovatif serta menghasilkan penyelesaian yang lebih berkesan. Peserta turut didedahkan kepada penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi membantu proses penjanaan idea, meningkatkan kreativiti serta menyokong proses membuat keputusan secara lebih sistematik.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta mempelajari bagaimana AI boleh dimanfaatkan dalam pelbagai situasi seperti menyelesaikan masalah, menghasilkan idea baharu dan merancang penyelesaian yang kreatif mengikut keperluan semasa. Pendedahan ini diharap dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, di samping memupuk keyakinan untuk mengaplikasikan AI dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

Penyertaan dalam program ini membuktikan komitmen NADI Kampung Pantai Sabak dalam menggalakkan komuniti setempat mengikuti program pembangunan kemahiran digital yang mampu meningkatkan pengetahuan serta kefahaman mengenai penggunaan teknologi AI secara beretika dan berkesan.

Berita Berkaitan