PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Akademi Asas Penerangan Bil. 2 Semarakkan Bulan Kemerdekaan bersama JAPEN

1 September 2026 – Program Akademi Asas Penerangan Bil. 2 telah berlangsung di NADI Kampung Pantai Sabak dengan penyertaan seramai 25 orang pelajar berumur 7 hingga 16 tahun serta tiga orang pegawai Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN). Program anjuran JAPEN dengan kerjasama NADI Kampung Pantai Sabak ini turut disertai oleh NADI Kampung Kedai Buluh. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan filem Sarjan Hassan, taklimat Kempen Internet Selamat bagi pelajar sekolah serta kuiz berkaitan filem dan kemerdekaan.

Pelaksanaan program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai nilai patriotisme, kepentingan keselamatan internet serta meningkatkan pengetahuan melalui aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Program Akademi Asas Penerangan Bil. 2 telah memberikan pengalaman pembelajaran yang bermanfaat kepada para peserta melalui gabungan aktiviti pendidikan, tayangan filem, kuiz dan kesedaran keselamatan internet.

Kerjasama antara JAPEN, NADI Kampung Pantai Sabak dan NADI Kampung Kedai Buluh dalam menjayakan program ini diharap dapat diteruskan bagi menyokong usaha memperkasa masyarakat melalui penyampaian maklumat, pendidikan dan penggunaan teknologi digital secara positif.

Berita Berkaitan