PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Akademi Asas Penerangan Dan Taklimat Isu Serta Perbahasan Interaktif

8 Ogos 2026 – Program Akademi Asas Penerangan dan Taklimat Isu serta Perbahasan Interaktif telah dilaksanakan pada Sabtu, 8 Ogos 2026 bertempat di NADI Kampung Pantai Sabak. Program ini merupakan program terbuka dan telah merekodkan jumlah keseluruhan kehadiran seramai 30 orang peserta, selain turut disertai oleh 6 orang pegawai Jabatan Penerangan (JAPEN).

Program bermula pada jam 2.00 petang dengan sesi ketibaan dan pendaftaran peserta serta jamuan. Seterusnya, sesi taklimat dan perbahasan interaktif dimulakan pada jam 2.30 petang dengan Taklimat Kempen Internet Selamat daripada Pengurus NADI Kampung Pantai Sabak. Taklimat ini memberi penerangan kepada peserta berkaitan kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Program kemudiannya diteruskan dengan sesi bersama Jabatan Penerangan (JAPEN) melalui pengisian Program Asas Modul 1 pada jam 3.30 petang. Modul ini memberi fokus kepada Isu Semasa & Naratif Kerajaan MADANI, yang merangkumi taklimat berkaitan Krisis Bekalan Global oleh penceramah JAPEN. Seterusnya, Program Asas Modul 2 dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada Pengucapan Awam dan Komunikasi Berkesan. Program akhirnya diakhiri dengan Modul 3 yang mengetengahkan topik Mobile Journalism (MoJo) & Kandungan Digital serta pengenalan ChatGPT.

Program diakhiri dengan sesi soal jawab, jamuan dan bersurai pada jam 5.30 petang. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam memahami isu semasa, menyampaikan maklumat dengan berkesan serta menghasilkan kandungan digital yang lebih baik, di samping menggalakkan komunikasi dan perbahasan secara interaktif dalam kalangan peserta.

Berita Berkaitan