23 Disember 2025 – Seramai lima orang peserta telah menyertai Program Cuti Sekolah @ NADI menerusi Webinar BizKid: Cuti Sekolah Bijak dan Produktif yang berlangsung pada 22 dan 23 Disember 2025.
Menerusi penggunaan Online Learning Kit yang disediakan oleh NADI, peserta didedahkan dengan konsep 3P iaitu Pelanggan, Produk, dan Perancangan. Fokus utama webinar ini adalah memberi panduan praktikal kepada peserta untuk memulakan perniagaan sendiri tanpa memerlukan modal yang besar.
Selain strategi pemasaran, peserta juga diajar cara menguruskan kewangan secara mudah dan sistematik. Program percuma ini bertujuan memastikan masa cuti sekolah diisi dengan aktiviti bermanfaat yang mampu membentuk jati diri usahawan muda dalam kalangan komuniti setempat.


