22 April 2026 – NADI Kampung Pantai Sabak bersama rakan kolaborasi NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Buluh Kubu telah mengadakan Kempen Internet Selamat di SMK Kota Bharu, Kelantan pada 22 April 2026.
Program yang berlangsung dari jam 11.15 pagi hingga 1.00 tengah hari ini melibatkan para pelajar sekolah dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet secara selamat, berhemah dan bertanggungjawab.
Sepanjang program, pelajar didedahkan dengan topik penting seperti maklumat palsu, jejak digital, tanda amaran dalam talian (red flag) serta buli siber. Selain itu, peserta turut diberi panduan untuk menjaga privasi diri dan mengelakkan risiko penipuan siber.
Melalui program ini, diharapkan para pelajar lebih peka terhadap keselamatan digital serta mampu menjadi pengguna internet yang bijak dan beretika.


