PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Khas EduTips Siri 1: Rahsia Fokus Maksimum

8 Julai 2026 – Dua orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Program Khas EduTips Siri 1: Rahsia Fokus Maksimum yang berlangsung dari 6 hingga 12 Julai 2026 di bawah inisiatif NADI Tuisyen Rakyat. Program ini menampilkan siri video pendek yang memberi pendedahan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi tahap tumpuan pelajar, termasuk gangguan penggunaan telefon pintar, fakta menarik mengenai fungsi otak serta langkah-langkah praktikal untuk meningkatkan fokus semasa belajar. Di samping itu, peserta turut didedahkan kepada teknik pengurusan masa dan amalan pembelajaran berkesan yang boleh diaplikasikan dalam rutin harian.

Program yang terbuka kepada semua peringkat umur ini membolehkan peserta mengikuti sesi mengikut kesesuaian masa masing-masing di NADI berdekatan. Diharapkan perkongsian ilmu menerusi siri EduTips ini dapat membantu peserta membentuk tabiat pembelajaran yang lebih berdisiplin dan berkesan, seterusnya meningkatkan prestasi akademik serta keyakinan diri dalam proses pembelajaran.

Berita Berkaitan