PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Khas – Merdeka & Hari Malaysia @ NADI Kampung Pantai Sabak

6 September 2025 – NADI Kampung Pantai Sabak telah berjaya menganjurkan Program Khas Merdeka & Hari Malaysia 2025 sebagai wadah memperkukuh perpaduan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti berinformasi, kreatif dan berunsur kekeluargaan. Program ini berlangsung dengan meriah serta mendapat sambutan baik daripada kanak-kanak, belia dan keluarga yang hadir sepanjang acara.

Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah Pertandingan Mewarna Merdeka, Pertandingan Busana Merdeka, Pertandingan Deko Kek Bertemakan Kemerdekaan, Tayangan Video Ulangan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, Kuiz Kemerdekaan & Hari Malaysia, Saringan Kesihatan, Pendaftaran Ahli Baharu NADI dan Sesi NGO – Taklimat J-KOM bersama Komuniti

Program ini berjaya menarik penglibatan pelbagai lapisan masyarakat yang hadir untuk memeriahkan suasana sambutan. Aktiviti pertandingan bertemakan kemerdekaan telah mencungkil bakat serta kreativiti para peserta, manakala saringan kesihatan dan sesi pendaftaran ahli baharu memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat. Selain itu, taklimat bersama J-KOM membuka ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat serta meningkatkan kesedaran sivik dan kenegaraan.

Pihak NADI Kampung Pantai Sabak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan komuniti yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Berita Berkaitan