PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Latihan AI & GenAI: Segala Yang Anda patut Tahu Tentang Ai & GenAI

7 November 2025  – NADI Kampung Pantai Sabak telah telah turut serta dalam program Latihan AI & GenAI yang dijalankan secara dalam talian dan disertai oleh semua NADI di seluruh Malaysia. Program Latihan AI & GenAI ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para pelajarberkaitan penggunaan teknologi kecerdasan buatan dalam kehidupan harian serta aplikasi digital.

Program yang berlangsung pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang ini telah menarik penyertaan seramai 7 orang peserta. Melalui modul bertajuk “Segala Yang Anda Patut Tahu Tentang AI & GenAI”, para peserta telah didedahkan kepada:

  • Pengenalan asas teknologi AI dan GenAI

  • Kegunaan AI dalam kerja harian, pendidikan dan perniagaan

  • Tips keselamatan digital dan etika penggunaan AI

  • Demonstrasi penggunaan aplikasi AI untuk tugasan real time

Peserta menunjukkan minat dan semangat untuk memahami perkembangan teknologi terkini yang semakin penting dalam dunia moden. Program ini juga merupakan salah satu usaha NADI untuk memperkasa masyarakat dalam transformasi digital dan meningkatkan kemahiran teknologi abad ke-21.

NADI Kampung Pantai Sabak merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dan berharap pelajar, belia dan komuniti sentiasa memberikan kerjasama untuk setiap kelas dan program yang dijalankan di NADI.

Berita Berkaitan