28 Jun 2025 – Seramai 17 orang peserta telah menyertai Program Mini Asas JAPEN Bersama Komuniti Madani yang berlangsung di NADI Kampung Pantai Sabak pada 28 Jun 2025, bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang.
Program anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada komuniti setempat mengenai peranan serta fungsi JAPEN dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar kerajaan, di samping memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat.
Antara objektif utama penganjuran program ini ialah:
-
Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Berkesan – memberi pendedahan tentang teknik dan strategi menjadi jurucakap yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej secara profesional.
-
Membangunkan Kepimpinan Komuniti – melatih individu agar lebih yakin dan berdaya saing sebagai wakil suara masyarakat.
-
Mengasah Kemahiran Digital dan Kreatif – mendedahkan peserta kepada kemahiran asas penyuntingan video menggunakan aplikasi CapCut.
-
Memperkasa Peranan Komuniti dalam Penyebaran Maklumat.
-
Menyokong Aspirasi Malaysia Madani – menyemai nilai integriti, keterangkuman dan daya cipta selaras dengan hasrat membentuk masyarakat Madani yang berinformasi dan berdaya tahan.
Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman masyarakat tentang fungsi JAPEN serta menggalakkan penglibatan komuniti sebagai rakan strategik dalam penyebaran maklumat tepat kepada orang ramai.
